Seni Silat Banteng Betawi telah diperkenalkan di Sarawak pada tahun 1976 oleh Guru Utama Abang Rodian bin Abang Haji Jamain. Silat ini pada mulanya berasal dari Surabaya, Indonesia dan merupakan salah satu persatuan silat yang berdaftar dengan Rumpun Silat Sarawak (RSS), Perkataan Banteng Betawi adalah diambil daripada perkataan ‘Banteng” iaitu bermakna Kerbau dan ‘Betawi’ pula adalah nama tempat atau kawasan yang terdapat di Surabaya Indonesia. Setiap pergerakannya seperti kekuda, elakkan, penggayaan dan tumbukan serta serangan adalah seperti gerakan kerbau, gerakan harimau, gerakan monyet dan gerakan naga.
Silat ini berpusat di Kota Samarahan, Sarawak. Persatuan silat ini seringkali menyertai pertandingan kejohanan silat seni dan silat olahraga sama ada peringkat sekolah, Daerah, Sukma, negeri mahupun kebangsaan.Persatuan Seni Silat Banteng Betawi terbuka kepada semua kaum, bangsa dan Agama
Telah di tubuhkan di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu pada 15 Ogos 2003 sebagai salah satu Persatuan kokurikulum berkredit.
Guru Utama Abang Rodian bin Abang Haji Jamain
Persatuan Seni Silat Banteng Betawi Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (PSSBBUPMKB)Logo
Merah | Melambangkan Keberanian |
Hijau | Warna Rasmi Agama Islam |
Kuning | Kesetiaan Kepada Agama, Raja dan Negara |
Putih | Melambangkan Kesucian |
Bulan Dan Bintang | Lambang Rasmi Umat Islam |
Kepala Banteng | Melambangkan Pertahanan dan Kekuatan |
Keris dan Golok Bersilang | Melambangkan senjata dan Perpaduan Bangsa dan diantara ahli |
Bentuk Pentagon | Melambangkan Rukun Islam menjadi Pegangan |